fbpx
Now Reading
Ruhainies Tak Kisah Disindir Netizen, Enggan Kahwin Atas Desakan

Ruhainies Tak Kisah Disindir Netizen, Enggan Kahwin Atas Desakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja pasal Ruhainies perkara pertama yang terlintas di fikiran orang ramai adalah kisah percintaannya bersama kekasih ‘rahsia’ yang digelar Mr E.

Seringkali juga pelakon ini dihujani soalan bila dirinya akan berkahwin dengan jejaka berkenaan tidak kurang juga yang menyindir gadis ini gara-gara kerap dilihat berkongsikan momen momen indah bersama kekasihnya di akaun Instagram.

Namun, pada Ruhainies apa sahaja mengenai jodoh dan perkahwinan semuanya di tangan Allah SWT. Dia enggan berkahwin kerana desakan orang luar. Ruhainies juga tidak kisah dengan sindiran netizen terhadapnya.

“Untuk saya, buat masa ini masih dalam perbincangan ke arah perkahwinan dan belum ada kata putus.

“Apatah lagi, saya ada kakak iaitu Nur Risteena yang mungkin akan berkahwin dahulu kerana sudah bertunang,” kata Ruhainies.

Tambah Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia juga memiliki pendirian tegas berhubung soal perkahwinan.

“Saya yakin setiap orang memiliki pendirian tersendiri. Begitu juga dengan saya, kalau nak kahwin biarlah bila sampai jodohnya.

“Terus-terang, saya tidak akan buat keputusan nak berkahwin hanya disebabkan termakan desakan dan sindiran daripada orang luar.

“Kalau ada netizent yang berterusan nak mengata, saya tak ambil peduli pun selagi mereka tidak mencalar maruah saya dan keluarga,” katanya.

Ruhainies bagaimanapu mengakui yang dirinya sering menjadi perhatian media kerana cerita peribadi,namun positif untuk menjawab apa sahaja petanyaan meskipun kisah percintaan

“Saya seorang yang positif dan pasti menjawab apa saja ditanyakan media meskipun ia kisah percintaan.

“Bagi saya, selagi apa yang dituliskan itu tidak keterlaluan sewajarnya untuk saya memberi kerjasama,” tambahnya lagi.

Dia yang masih sibuk dengan aktiviti lakonannya, bersyukur mendapat tawaran berlakon yang tidak putus-putus diantaranya yang terbaru filem adaptasi novel berjudul ‘Seandainya Kau Ada’ bersama Mira Filzah, Fendy Bakry dan Aidit Noh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.