fbpx
Now Reading
Joe Flizzow Selamat Bertunang, Bakal Berkahwin Tahun 2020

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Bakal Berkahwin Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan buat salah seorang pelopor muzik hip hop tanah air, Joe Flizzow atas pertunangannya dengan gadis pilihan hatinya, Marini Ramlan, seorang usahawanita dan pelukis profesional malam tadi.
 
Berita gembira itu difahamkan dikongsi oleh adik kepada Marini Ramlan, Didi Ramlan di akaun Instagram miliknya.

“Semalam kakak memberi tambahan ahli dalam keluarga kami
 
“Tahniah atas pertunangan kalian. Selamat datang ke keluarga kami,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dia dalam masa turut memuat naik gambar pasangan berkenaan untuk tatapan umum.

Terdahulu Ibu Joe, Aishah Ali mendedahkan bekas ahli kumpulan Too Phat ini telah merisik tunangnya pada sekitar September lepas namun tarikh tarikh untuk perkahwinannya belum ditetapkan namun ianya akan berlangsung tahun depan.

“Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe  bakal berlangsung awal tahun depan,” katanya.

Sumber Gambar : IG Didi Ramlan & NynaMohsen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.