fbpx
Now Reading
“Kita Bukan Letak Harga Yang Melangit” – Naqiu Boboy

“Kita Bukan Letak Harga Yang Melangit” – Naqiu Boboy

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kembali dikenali malah namanya semakin meniti di bibir peminat selepas memenangi Gegar Vaganza, timbul pula dakwaan yang mengatakan Naqiu Boboy mula ‘demand’ dengan meletakkan harga yang tinggi dalam soal harga bayaran persembahan

Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib bagaimanapun menolak dakwaan berkenaan dan berkata, semua urusan harga bayaran bergantung kepada acara yang disertai.

Dipetik dari Awani, pihak pengurusan Naqiu juga tidak meletakkan harga sesuka hati malah ianya juga boleh dirunding.

Foto : Instagram

“Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah sebab rezeki itu datang daripada Allah, dan untuk harga, sebenarnya kita berbalik kepada apa acara yang kita nak sertai.

“Kalau acara itu besar, maknanya besarlah payment. Jadi, itu bergantung kepada acara. Kita bukan meletakkan harga yang melangit dan tinggi-tinggi, tetapi kita ikut pada acara yang disertai,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Foto: Instagram

Difahamkan dalam masa sama, Naqiu kini sedang menyiapkan single terbaharunya yang dijangka akan menemui peminat dalam masa terdekat.

Juara Gegar Vaganza 6 ini turut menerima beberapa tawaran lain selain menyanyi iaitu berlakon.

Jelasnya, peluang kedua yang diberikan untuk kembali bergiat aktif dan mencari rezeki dalam industri hiburan tidak akan dipersiakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.