fbpx
Now Reading
Ucapan Fizo Omar Sempena Hari Lahir Anaknya Yang Menyentuh Hati

Ucapan Fizo Omar Sempena Hari Lahir Anaknya Yang Menyentuh Hati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan usahawan Fizo Omar semalam mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak kesayangannya, Wan Maryam yang begitu menyentuh hati di Instagram,

Fizo dalam masa sama turut memuat naik beberapa keping foto dirinya bersama Maryam sewaktu sambutan hari lahir Maryam semalam.

Dalam tulisan panjang lebar tersebut, Fizo turut meluahkan rasa gembira dan bersyukurnya dengan kehadiran Maryam selepas empat tahun penantiannya bersama bekas isterinya, Mawar Karim.

“Wan Maryam Kini 2 tahun (Dillahirkan pada 29 Disember 2017)

“Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke 2 buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yg tidak dpt aku gambarkan dgn kata2.Bila dikurniakan zuriat yg sihat dan membesar dgn baik dan membahagiakan semua orang.

“Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (jumaat). Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yg aku nantikan selama ini.Subhanallah hanya Tuhan saja yg tahu perasaan aku ketika itu.

“Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 Julai 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih untuk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kepada zuriat kami Cik Yam.

Ye lah,tiada siapa pun yg inginkan perpisahan, tapi berlakunya dgn izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yg terbaik utk kami semua.Alhamduliilah Cik Yam membesar dgn baik dan mendapat kasih sayang yg secukupnya drpd kedua2 belah pihak.

Cik Yam adalah seorang anak yg sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddy nya.Setiap kali tiba giliran utk menjaganya, dia sgt memahami dan tiada masalah utk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak.Syukur alhamdulillah.

“Aku yakin dan percaya dgn perancangan Allah yg akan memberikan yg terbaik kpd hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yg terbaik utk semua.Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kpd Allah dan berterima kasih kpd bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku.walau apa pun yg terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila.

“Tiada lain yg aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini.

“Selamat Hari Lahir Cik Yam” sebelum menutup penulisannya.

Jodoh Fizo dan Mawar terhenti di setengah jalan apabila pasangan itu berpisah dengan talak satu pada 10 Julai lalu selepas hampir enam tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.