Now Reading
Mira Filzah Antara Calon Hos MeleTOP Gantikan Neelofa?

Mira Filzah Antara Calon Hos MeleTOP Gantikan Neelofa?

Pelakon popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi sebutan sebagai calon hos pengganti Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Dipetik dari Gempak, Mira menjelaskan setakat ini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya benar dia bakal menjadi hos baru MeleTOP bergandingan bersama pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.

“Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

“Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baru seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu. 

“Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan ‘chemistry’ yang sangat kuat.

See Also

“Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi,” katanya kepada portal berkenaan

Terdahulu, penyanyi Siti Nordiana juga turut dikaitkan sebagai mengganti Neelofa di MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.