fbpx
Now Reading
“Perkenalkan Aryaan Rizqin” Nina Iskandar Dedah Nama Anak

“Perkenalkan Aryaan Rizqin” Nina Iskandar Dedah Nama Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon cantik kelahiran Brunei, Nina Iskandar mengambil peluang mendedahkan nama anak pertamanya yang baru dilahirkan pada 23 disember lalu.

Nina dan suami, penolong pengarah Azlan Adzanan memilih nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin untuk anak comel tersebut.

Perkara itu didedahkan Nina menerusi akaun Instagram nya untuk tatapan umum. Selain itu Nina turut mendedahkan wajah anak lelakinya yang sudah menginjak 10 hari itu.

“Kami ingin memulakan tahun 2020 dengan memperkenalkan anak lelaki kami, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

“Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh, Insya-Allah, Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian aktres itu mendapat perhatian dari pengikut dan peminatnya dengan kebanyakan mereka memuji wajah comel Rizqin tidak kurang juga yang mengambil kesempatan dengan kebaikan buat anak kecil itu.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada April 2019 namun disebabkan jadual kedua mereka yang mereka hanya dapat melangsungkan resepsi pada bulan Ogos tahun yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.