
Zizan Menitis Air Mata Neelofa Tinggal MeleTOP
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selasa lepas 31 Disember 2019 merupakan malam terakhir buat Neelofa bergandingan bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara bagi program hiburan MeleTOP
Selepas lapan tahun mereka berdua mengendalikan rancangan berkenaan, pengunduran Neelofa ternyata membuatkan ramai yang sebak.
Antara yang mengalirkan air mata adalah tetamu jemputan pada episod tersebut iaitu pelakon Zizan Razak. Perkara itu dikongsikan Zizan menerusi Instagram miliknya
“Aku sebenarnya tak berapa paham. Nabil ngan Datuk Hans Isaac cool je aku yang nangis lebih ni kenapa? Aduhai, jiwa ayah ayah kot. Tak apalah 2020 kita doakan yang baik-baik,” tulisnya sebagai kapsyen
Dijengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut turut meluahkan perkara yang sama seperti Zizan namun ada juga yang menyatakan perlakuan pelakon berkenaan adalah comel .
Sebagai rekod, Neelofa yang juga bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012