fbpx
Now Reading
“Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” – Netizen Usik Che Ta Tambah Anak

“Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” – Netizen Usik Che Ta Tambah Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B62Xtp5FDK8/

Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini mengundang perhatian dan usikan netizen apabila berkongsi sekeping foto bersama anak bongsunya, Aaishah Dhia Rana dengan kapsyen seakan tidak mahu anaknya membesar kerana khuatir merindui anak kecil

“Bila kat set shooting, rindu nak balik rumah sebab dia la. Daddy dia tak pernah kisah mummy balik pukul berapa, dia je yang berleter cakap ‘Aisyah dah tahu, mummy mesti balik lambat’

“Jangan cepat besar nak, nanti mummy rindu nak anak kecil,” tulis Che Ta menerusi ruangan kapsyen. 

Kapsyen Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta mendapat perhatian dan respon positif dari peminatnya apabila ramai yang mengusik agar pelakon cantik itu menambah satu lagi anak sebagai adik pada Aaisyah. 
 
“Tambahlah, sebab anak-anak mummy semua cantik macam mummy,” ujar seorang netizen

“Mummy tambahla anak kecil lagi kalau rindu” ujar seorang lagi pengikutnya

“Che Ta boleh mengandung lagi, bagi adik kat Aaisyah. Hehehe,” usik seorang pengikutnya.

Sebagai rekod Che Ta dan suami, Zain Saidin telah berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan satu cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.
 
Che Ta melalui perkahwian pertamanya turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.