fbpx
Now Reading
Dari DC Kini Ke Marvel, Christian Bale Bakal Bintangi Filem ‘Thor : Love and Thunder’

Dari DC Kini Ke Marvel, Christian Bale Bakal Bintangi Filem ‘Thor : Love and Thunder’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Christian Bale dilaporkan telah dilamar Marvel bagi membintang Filem ‘Thor: Love and Thunder ‘. Kedua-dia pihak bagaimanpun sedang dalam proses bagi menjayakan pelan terbut.

Portal Hollywood Reporter dalam satu laporannya bagaimanapun menyatakan bahawa watak yang bakal dipegang Bale bagaimanaapun masih menjadi rahsia.

Dengan Chris Hemsworth selaku God of Thunder, Natalie Portman dikatakan akan turut membuat comeback sebagai watak Jane Foster. Selain itu Tessa Thompson juga dijangka akan kembali membintangi filem ini sebagai Valkyrie.

Apa yang menariknya filem ini akan diarahkan oleh pengarah sama bertanggung jawab mengarah Thor : Ragnarok iaitu Taika Waititi yang berasal dari New Zealand

Jadi pasti ada babak komedi menarik yang bakal diselitkan dalam filem ini bukan?

Sebagai rekod, Bale sebelum ini pernah membawa watak Batman/Bruce Wayne/ dalam trilogi Dark Knight, arahan Christopher Nolan dari tahun 2005 yang dianggap antara filem yang DC terbaik sebelum bertindak mengundurkan diri dari francais berkenaan,

Bale, aktor kelahiran United Kingdom yang pernah tercalon empat kali pada anugerah Oscar baru sahaja selesai membintangi filem Ford v Ferrari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.