fbpx
Now Reading
Gara-gara Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Di Cop Biadap

Gara-gara Gelar Elly Mazlein Janda, Janna Nick Di Cop Biadap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja memasuki tahun 2020, nama Janna Nick sudah menjadi sebutan netizen sewaktu mengacarakan program Melodi yang bersiaran pada hujung minggu lalu.

Semuanya gara-gara tindakannya secara spontan membahasakan Elly Mazlein sebagai janda sewaktu mengumumkan berita yang Elly bakal berkahwin tidak lama lagi.

Meskipun perkata itu jelas tidak disengajakan, rakaman video yang memaparkan momen tersebut tular dan menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Malah dilihat menerusi video berkenaan, Awal Ashaari bersama barisan tetamu undangan lain turut terkejut dengan kenyataan yang tanpa sengaja terkeluar dari mulut Janna Nick itu. Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan Janna itu biadap dan tidak menjaga sensitiviti.

Kemarahan netizen berterusan sehingga ada yang mengaitkan insiden Janna Nick terjatuh bebera ketika selepas itu adalah ‘karma’ disebabkan tindakannya yang ‘terlepas cakap’

Namun masih ada segelintir yang bersetuju dengan Janna dan mempersoalkan apakah lagi gelaran bersesuaian yang patut diberikan selain dari ‘janda’? Malah orang lelaki yang bercerai dan berkahwin kembali turut digelar ‘menamatkan zaman duda’ mereka.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.