fbpx
Now Reading
Zul Ariffin Tidak Terkesan Isu Video Panas

Zul Ariffin Tidak Terkesan Isu Video Panas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penghujung tahun 2019 menyaksikan nama Zul Ariffin menjadi bualan hangat apabila viral satu klip video terlampau seorang lelaki yang dikatakan mirip dirinya.

Zul Ariffin yang pada mulanya bertindak mendiamkan kan diri dan menyahaktif akaun Instagram miliknya bagaimanapun kemudian tampil dan menjelaskan bahawa dia adalah mangsa suntingan deepfake.

Selang sebulan dari peristiwa terbabit, segelintir masyarakat masih lagi bercerita tentang benda berkenaan, namun Zul yang ditemui BHOnline menyatakan dia tidak terkesan dengan insiden itu.

Pada Zul, perkara itu tidak memberi sebarang impak kepadanya kerana dia hanyalah pelakon dan bukan seorang selebriti.

“Kalau seseorang menganggap dirinya selebriti, ia mungkin memberi kesan kerana membabitkan imej.

“Saya lebih menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi.

“Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk kepada kerjaya,” katanya kepada portal berkenaan.

Zul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai video panas berkenaan.

“Saya tiada komen untuk hal berkaitan dengan video. Tiada sebab saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh melakukan apa saja yang dimahukan.

“Untuk saya, ia tidak memberi kesan. Saya masih lagi bekerja seperti biasa,” katanya.

Aktor kacak itu turut berkata, dia sudah melalui pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni.

“Setiap orang ada kisah masing-masing. Disebabkan itulah saya tidak pernah memberi komen terhadap pelakon lain. Ini kerana tidak tahu, masa saya akan tiba.

“Kalau bukan saya menjadi mangsa, pasti ada artis lain,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.