fbpx
Now Reading
Adik Comel Menari Lagu Mengantuknya Mumia ,Netizen Dakwa Wajahnya Mirip Tengku Puteri Jihan

Adik Comel Menari Lagu Mengantuknya Mumia ,Netizen Dakwa Wajahnya Mirip Tengku Puteri Jihan

Didi and Friends baru-baru ini mencipta kelainan dengan menghasilkan lagu baru iaitu Lagu Mengantuknya Mumia yang menjadi fenomena di negara.

Dengan lirik yang menarik, serta muzik yang catchy habis, lagu hasil ciptaan DJ Fuzz dan Aziquebeats bukan sahaja digemari kanak-kanak malah orang dewasa .

Terbaru Lagu itu sekali lagi menjadi perhatian dunia maya apabila sepotong rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menari mengikut rentak lagu tersebut viral di media sosial.

Mengetuai tarian bersama rakan di sekolahnya, kanak-kanak tersebut, Isabelle Semanjan benar-benar mencuri tumpuan ramai dengan gaya tariannya yang santai dan bersahaja. Serius comel!

Namun, dalam pada sama seorang netizen menyamakan wajah kanak-kanak itu agak seiras seperti Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang merupakan puteri bongsu kepada Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hmmm memang betul pun. Macam sama kan? Hehe

Adik Isabelle ini memang aktif menari bukan sahaja di sekolah ok? Dia juga aktif di tiktok! dan Instagram dengan follower seramai 69k. Fuyooo

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.