fbpx
Now Reading
“Kylie Jenner Badan Macam Ni Boleh Pula Korang Terima” – Atikah Suhaime

“Kylie Jenner Badan Macam Ni Boleh Pula Korang Terima” – Atikah Suhaime

Berkongsikan foto terbarunya sewaktu tahun baru, ramai yang mengkritik bentuk badan Atikah Suhaime dengan mengatakan pelakon berkenaan dilihat semakin gempal dan berisi.

Atikah bagaimanapun pada mulanya dilihat tenang dan seakan tidak ambil pusing dengan komen-komen yang diberikan oleh para netizen.

Terbaru mungkin akibat berterusan dikatakan ‘berisi’ ,Atikah menerusi Insta Story dilihat meluahkan rasa kecewanya dengan panggilan tersebut. Pada nya tidak adil untuk orang ramai memanggilnya berbadan besar dan ‘gemuk’ sedangkan dalam masa sama memuji bentuk badan bintang Hollywood Kylie Jenner .

Diharap Atikah dapat bersabar dan usah terlalu memandang serius panggilan berkenaaan kerana kebanyakan sebenarnya bukan mengkritik. Ramai yang memuji Atikah sebenaranya lebih cantik apabila berisi . Malah ramai merasakan Atikah kini memiliki bentuk badan yang cantik.

See Also

Tidak kurang juga ada netizen yang lebih gemarkan bentuk badannya dalam keadaan sekarang berbanding sebelum ini yang dilihat terlalu kurus.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.