fbpx

Aliff Aziz Bergaduh Sampai Tunjuk Kemaluan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/OfficialsFidzMusic/videos/458338868443071/

Baru senyap selepas kontroversi bergaduh di Orchard Road, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila tular sebuah klip video yang memaparkan dirinya sedang bertengkar mulut dengan beberapa individu.

Video kejadian yang berlalu di Singapura itu telah dimuat di Facebook oleh  Official Fidz  difahamkan telah dirakam oleh seseorang yang berada di tempat kejadian.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat menghamburkan kata-kata kesat malah turut membaling sebuah kerusi .Dia yang kemudian dicabar telah berpatah balik sebelum dilihat membuka zip seluar untuk menunjukkan kemaluannya.

Beberapa individu dilihat cuba menenangkan pelakon berkenaan namun tidak dihiraukannya. Dia dilihat terus mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyedari yang dirinya sedang dirakam lantas meminta individu terbabit untuk tidak merakamnya .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.