fbpx
Now Reading
“Kenapa Budak Yang Ada Cancer Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup.. “- Tweet Nabila Untuk Ibu Bapa Akish?

“Kenapa Budak Yang Ada Cancer Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup.. “- Tweet Nabila Untuk Ibu Bapa Akish?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari ini nama Puteri Balqis, hangat diperkatakan di media sosial selepas kisahnya mulanya disiarkan stesen TV melalui program Bersamamu dua hari lalu.

Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish dikatakan sedang melalui kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisi hasil penulisannya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Ini menimbulkan rasa simpati netizen terhadap pelakon cilik berkenaan namun dalam masa sama ramai netizen yang tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ibu bapanya sehingga memerlukan kanak kanak itu untuk turun ke jalan mencari rezeki.

Terbaru di Twitter, pelakon terkenal Nabila Huda menulis satu persoalan dan ramai yang mengaitkan tulisan tersebut ditujukan kepada keluarga Aqish terutama ibu dan ayahnya.

“Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada cancer, dibiarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?

“Kenapa seorang budak kena ikat perut,sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan,bercakap dgn sempurna?” tulis Nabila di Twitter miliknya.

Ketika disoal oleh netizen mana orang yang pernah bersama dengan Aqish suatu ketika dulu, Nabila Huda menjawab bahawa mereka sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.