Pelakon Sharifah Sakinah menerusi Instagram baru-baru ini mendedahkan dia dan rakan selebriti pernah terlibat dalam jualan amal demi membantu meringankan beban adik Puteri Balqis.
Menerusi kapsyen dan foto di entri tersebut, Sakinah dalam jualan amal tersebut sedang menjual barang pengarah Michael Ang hingga terbaring di kaki lima.
“Seronok masa ni jual barang Michael Ang untuk kutipan derma Putri Balqis. Sampai terbaring di kaki lima,” tulisnya.
Dia dalam masa turut menitip kata nasihat buat Puteri Balqis atau panggilan mesranya Akish.
“Kebahagiaan datang dari kepayahan . Ia juga timbul dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.
“Jika anda berdepan dengan masalah, jangan jadi seorang mangsa, jangan buang orang dan berbuat baiklah kepada orang.
“Lakukan sesuatu, semua jawapan pasti akan menyusul,” kata Sakinah.
Kisah Balqis menjadi perhatian masyarakat selepas selepas kisah kesempitan hidup dia dan ibu, Norashikin Mohd Aziz disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.