fbpx
Now Reading
“Saya Sedar Dan Tahu Tapi Sebab Minat” … – MK ‘Langgar’ Pakai Emas Sebab Minat Dan Hanya Ketika Persembahan

“Saya Sedar Dan Tahu Tapi Sebab Minat” … – MK ‘Langgar’ Pakai Emas Sebab Minat Dan Hanya Ketika Persembahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Golongan muda dan belia pasti mengenali siapa MK, anggota kumpulan K-Clique yang paling famous yang bukan sahaja menjadi kegilaaan wanita malahan dikagumi kaum lelaki.

Buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan dan setiap posting nya Instagram pakai perasan yang jejaka ini kerap mengenakan aksesori perhiasan terutamanya rantai emas.

Walaupun perkara ini tidak menghilangkan minat mereka padanya namun ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

Foto : IG MK

Dipetik dari Malaysiakini MK atau nama betulnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mengakui yang tindakannya itu salah disisi agama, namun dia lebih selesa untuk tidak menjadi hipokrit pada dirinya dirinya dan memilih untuk mengenakan perhiasan emas yang memang menjadi minatnya .

“Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga).

“Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real,” katanya kepada portal berkenaan.

Foto : IG MK

Tambahnya lagi, dosa adalah satu urusan peribadi yang akan ditanggung sendiri oleh pelakunya, maka, tidak wajar sekiranya perkara tersebut menyebabkan dirinya dihukum oleh orang lain.

“Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum,” katanya.

Tambah pemuda itu lagi, dia lansung tiada niat untuk melakukan provokasi atau mengajar perkara yang tidak baik kepada peminat terutamanya golongan muda. Sebaliknya, pehiasan itu dipakai itu hanyalah untuk tujuan persembahan sahaja.

“Saya tak ada niat nak ajar benda tak baik pada sesiapa. Imej saya bukan bertujuan untuk memprovokasi peminat dan sebagainya.

“Jika nak katakan saya beri contoh tak baik, ramai lagi artis lain yang selalu berbuat perkara seperti tu tapi mengapa saya yang selalu mendapat perhatian,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.