fbpx
Now Reading
“Segala Lirik Double Meaning Datang Dari Saya, Bukan K Clique” – MK

“Segala Lirik Double Meaning Datang Dari Saya, Bukan K Clique” – MK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kmpulan Hip Hop, K-Clique benar-benar menjadi fenomena buat anak muda dan golongan belia di Malaysia, malah ianya dibuktikan dengan menjadi artis tempatan paling banyak di strim di Spotify bagi sepanjang tahun 2019 mengalahkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Baca artikel berkaitan :K-Clique Paling Banyak Di Strim

Namun dalam masa, pengaruh K-Clique membuatkan ibu bapa ada yang sedikit gusar mengenangkan ada sedikit baik lirik didalamnya terseliut unsur-unsur ‘double meaning’.

Dipetik dari Gempak, MK akhirnya tampil menjawab soalan tersebut sewaktu ditemui media di majlis Anugerah Era Digital Muzik (EDMA) yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat

Menurut MK atau nama betulnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia tidak mahu lagi menggunakan unsur-unsur ‘double meaning’ sedemikan untuk tahun 2020 dan mendatang setelah menerima banyak maklum balas tentang isu tersebut.

“Segala lirik ‘double meaning’ tu berpunca dari saya, bukan K-Clique. Terpulang pada pendapat orang yang mendengar. Pendapat yang bagus kita ambil, mana yang tak bagus kita biarkan.

“Saya anggap itu sebagai kesilapan dan saya belajar daripada situ. Keadaan semakin terkawal,” jelas MK kepada portal berkenaan.

Memetik mStar pula, MK turut berkata berkata tidak semua muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu berunsur lucah.

“Kalau mereka faham, tidak semua muzik yang kami buat adalah lucah, kena lihat pelbagai aspek… ada juga yang ‘double meaning’.

“Kami buat lagu berdasarkan minat pendengar… kalau mereka nak lagu sedih, kami buat lagu sedih… kalau nak kami buat lagu cinta, kami boleh buat lagu cinta,” katanya kepada portal berkenaan.

 

MK bagaimanapun meluahkan rasa bersyukur apabila kumpulannya semakin dikenali sepanjang tahun 2019 malah sewaktu EDMAK-Clique telah memenangi dua anugerah menerusi kategori Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onnz dalam Era Digital Muzik Awards (EDMA).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.