fbpx
Now Reading
Tak Ambil Pusing Kritikan Netizen, Risteena Kongsi Video Didukung Isa Khan[Video]

Tak Ambil Pusing Kritikan Netizen, Risteena Kongsi Video Didukung Isa Khan[Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7iqPbyJ4Uj/

Kalau ditanya siapakah pasangan selebriti yang paling mencuri tumpuan di Malaysia pada ketika ini, pasti ramai akan menyebut tidak lain dan tidak bukan Risteena dan Isa Khan.

Pasangan ini yang sebelum ini telah mengumumkan pertunangan mereka di Bali dilihat semakin terbuka menunjukkan kemesraan mereka kepada umum, malah Risteena beberapa kali dilihat menyebut dirinya adalah wanita yang beruntung kerana dipertemukan dengan Isa.

Terbaru, pasangan ini sekali lagi menjadi tumpuan netizen gara-gara tindakan Risteena memuat naik video berdukung di Instagramnya. Dia dalam masa turut mengucapkan terima kasih kepada tunangnya kerana mencintainya.

“Terima kasih kerana mencintaiku dengan berjuta cara, selamat tinggal haters ” tulisnya sebagai kapsyen

Menerusi video tersebut dapat lihat momen bahagia pasangan berkenaan dan scene paling menumpu perhatian adalah aksi Isa sewaktu mendukung Risteena sambil mata kedua mereka bertaut sesama sendiri.

Di jengah ke ruangan komen rata-rata netizen mencadangkan pasangan ini agar cepat-cepat berkahwin supaya dapat mengelak fitnah. Malah ada juga yang mengakui video tersebut begitu sweet namun status pasangan berkenaan yang belum berkahwin kelihatan tidak kena dengan video tersebut tidak kurang juga yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia sehingga berkahwin dan selamanya

T

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.