fbpx
Now Reading
Pencarian Vokalis Kedua Band Floor 88 Dapat Sambutan Hangat

Pencarian Vokalis Kedua Band Floor 88 Dapat Sambutan Hangat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum tahu insiden yang melanda kumpulan Floor 88, mereka bukan sahaja terpaksa memberhentikan persembahan yang sedang berlansung pada hujung minggu lalu akibat vokalis utama,Ayie yang rebah sewaktu persembahan malah demi kesihatan dan kebaikan Ayie mereka terpaksa mencari vokalis tambahan memandangkan jadual waktu mereka yang ketat.

Difahamkan vokalis kedua itu diperlukan untuk menyanyi bersama Ayie memandangkan Ayie sepatutnya diberikan rehat 3minggu bagi memastikan pita suaranya sembuh seperti biasa

Baca artikel berkaitan : Floor88 Cari Vokalis baru

Terbaru, nampaknya usaha dan rancangan mereka dilihat berjalan dengan lancar apabila pencarian yang sedang mereka lakukan menerusi Instagram nampaknya membuahkan hasil.

Menurut Pemain keyboard, Eric Fuzi Difahamkan sambutan yang diterima benar-benar di luar jangkaan malah setakat sahaja, semalam ribuan rakaman nyanyian telah diterima oleh mereka.

“Untuk hari pertama (semalam), sebanyak 1,000 rakaman nyanyian diterima berserta hashtag #2ndvokalisfloor88. Namun, penyertaan rakaman dihantar hari ini didapati bertambah dan jumlah sebenar belum diperoleh lagi.

Foto: IG Rusa Music

“Alhamdulillah, dengan sambutan diterima. Semoga pencarian Floor 88 untuk penyanyi gantian Ayie dipermudahkan dan lancar,” katanya.

Antara kriteria bakat dicari Floor 88 ialah semestinya boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, sopan-santun serta pandai mengambil hati.

Yang menariknya penyertaan turut dibuka pada lelaki juga wanita yang berusia 18 hingga 25 tahun dengan syarat utam tidak merokok, mengambil dadah serta minuman keras.

Kata Eric lagi pencari masih berlansung jadi buat mereka yang ini mencuba nasib bolehlah menghantar rakaman nyanyian lagu Floor 88 di Instagram berserta dengan hashtag #2ndvokalisfloor88 dan band mereka akan mengumumkan keputusan muktamad secepat mungkin.

Tambah Eric lagi mereka perlu mendapatkan pengganti Ayie dengan kadar segera memandangkan Floor 88 banyak menerima undangan persembahan.

“Calon bertuah yang dipilih itu nanti pasti diserapkan sebagai penyanyi solo dan muncul dengan lagu sendiri,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.