fbpx
Now Reading
Emma Maembong Bakal Bernikah 22 Februari Dengan Kerabat Diraja ?

Emma Maembong Bakal Bernikah 22 Februari Dengan Kerabat Diraja ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ni nama Emma Maembob kerap meniti di kalangan peminat dunia hiburan. Semuanya gara-gara gosip yang bertiup mengatakan bahawa pelakon wanita ini bakal berkahwin pada Februari tahun ini.

Yang lebih menarik perhatian ramai, sumber tersebut turut mengatakan bahawa bakal suaminya bukanlah orang kebanyakan sebaliknya kerabat diraja dan merupakan seorang lelaki yang bukan calang-calang orang.

Meskipun menafikan perkara terbabit, Emma dalam masa sama berharap desas desas tersebut adalah satu doa untuk dirnya.

Baca artikel berkaitan : Emma Maembong Bakal Berkahwin Kerabat Diraja

Terbaru , kolumnis Miss K dari Portal Astro Gempak turut berkongsi perkara yang sama. Namun kali ini lengkap dengan tarikhnya sekali iaitu pada 22 Februari 2020.

Menerusi laporan Miss K, segala persiapan perkahwinan telah pun dilakukan antaranya tempahan ruangan masjid untuk doa selamat dan tahlil. Selain itu undangan jemputan mengenai berita gembira itu juga telah diutuskan kepada sahabat-sahabat terdekat.

Difahamkan calon suami Emma agak kacak orangnya dengan wajah kacukan Malay- Chinese.

Jika perkara ini benar, pasti ramai peminat tak sabar untuk melihat pelakon wanita cantik ini naik pelamin bersama jejaka pilihan hatinya bukan ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.