fbpx

“Kalau Bermadu, Masak ‘Madu’ Tu Saya Kerjakan” – ‘Amaran’ Che Ta Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7myYvTFqcF/

Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini telah mengimbas kembali foto suaminya, pelakon Zain Saidin sewaktu menjadi wali di majlis pernikahan kakak iparnya, Sasha Saidin.


Foto yang dimuat naik ke akaun Instagram oleh pelakon cantik yang lebih mesra dengan panggila Che Ta itu bagaimanapun menghiburkan hati ramai pengikutnya gara-gara kapsyen yang telah digunakan olehnya.


 Che Ta seoalah sudah boleh membaca komen atau perbualan orang ramai yang akan menulis bahawa gamba itu seakan-akan menunjukkan Zain sedang mengangkat akad nikah sekali lagi.

Namun jawapan pada soalan itu benar-benar membuatkan ramai pengikutnya ketawa.

“Bila orang tengok gambar ni , mereka (akan) kata Che Ta dapat ‘madu’, Hamboi!
kalau ‘ayam masak madu’ saya suka, tapi kalau ‘bermadu’ , ‘masak madu’ tu kami kerjakan” tulis Che Ta secara berseloroh di Instagramnya.

Sasha pada hari itu selamat bernikah dengan usahawan, Sirhan Wahab berwalikan Zain selaku adiknya.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.
 
Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.