fbpx
Now Reading
“Kita Semua Manusia! Saya Sayang Dan Sokong Anda!” – Ali Gatie Pertahan Sharifah Rose

“Kita Semua Manusia! Saya Sayang Dan Sokong Anda!” – Ali Gatie Pertahan Sharifah Rose

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah Sharifah Rose menjadi trending baru-baru ini di Twitter, gara-gara foto dirinya tidak berhijab sewaktu bercuti di Phuket Thailand bukan sahaja menjadi perhatian buat masyarakat Malaysia malahan turut diketahui mereka di luar sana.

Instafamous itu kemudian memohon orang ramai untuk membuang foto yang memperlihatkan dirinya tidak bertudung dan dalam masa sama membuat permohonan maaf ‘kealpaannya’ sehingga isu timbul.

Baca artikel berkaitan: Sharifah Rose Mohon Maaf Dan Minta Gambar Freehair Dibuang

Namun agak mengejutkan apabila kisah itu turut mendapat perhatian penyanyi antararabangsa, Ali Gatie .  

Kenyataan dari nya mendapat perhatian netizen malahan media di malaysia apabila tampil mempertahankan permohonan maaf Sharifah Rose .

Menerusi Twitter penyanyi yang terkenal menerusi lagu It’s You bertindak mengulang kicau permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan oleh Instafamous berusia 21 tahun itu.

“Kita semua manusia. Saya sayang anda dan menyokong anda. Hanya mereka yang matang sahaja akan mengambil tindakan seperti ini. Kami semua bangga dengan awak, @sharifahrose,” tulisnya di Twitter.

 Tweet tersebut menyebabkan Twitterjaya terkejut dengan sokongan yang diberikan oleh penyanyi bertaraf antarabangsa tersebut kepada Sharifah Rose.

Malah, ramai tertanya tanya adakah penyanyi antarabangsa itu mengenalinya dan persoalan lainnya: kenapa Ali Gatie Pertahan Sharifah Rose ?

Kicauan daripada Gatie itu sehingga kini telah menerima hampir 16,000 ulang kicau dan 31,000 tanda suka daripada wargamaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.