fbpx
Now Reading
Selain Menyanyi, Zizi Kirana Lebih Selesa Mengacara Berbanding Dunia Lakonan

Selain Menyanyi, Zizi Kirana Lebih Selesa Mengacara Berbanding Dunia Lakonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama Zizi Kirana semakin hari semakin bersinar dalam dunia hiburan. Strategi Zizi untuk bergerak secara solo juga terbukti menjadi memandangkan single baru yang dikeluarkannya pasti meletup dan menjadi siualan anak mmuda.

Terbaru, single baru Zizi bertajuk Eh bukan sahaja mendapat perhatian ramai malah lagu tersebut sudah mencecah 3 juta tontonan hanya dalam 1 bulan di Youtube; Satu angka yang agak memberangsangkan buat artis tempatan.

Zizi yang hadir dalam satu rancangan temubual santai, Podcast Malam Jumaat terbitan Onzz mengucapkan rasa syukur atas penerimaan peminat dan menganggap angka itu adalah satu pencapaian yang luar biasa untuknya.

“Dalam 1 bulan hampir mendapat 3 juta pendengar pada saya adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa. Sebab masa(pembikinan) lagu Eh kami terfikir-fikir nak keluarkan lagu jenis yang macam mana memandangkan lagu Nak Ke Tak Nak dan Siapa Yang Bap Bap dah diingati semua orang.

“Penat juga berfikir apa yang perlu di buat untuk mengekalkan momentum , antaranya topik (lirik) dan jenis muzik apa yang bakal digunakan. Team pengurusan sayalah yang kasihan” kata Zizi sambil ketawa.

Dalam pada itu Zizi turut mendedahkan yang dia tiada perancangan untuk kembali ke dunia lakonan buat masa terdekat selepas disoal oleh Hos Podcast Malam Jumaat iaitu Fify Azmi dan Hydar Hasanudin sama ada penyanyi rap itu ada menyimpan hasrat untuk kembali berlakon pada tahun 2020.

“Dulu sewaktu berlakon filem Cuti-cuti cinta , Hantu Bonceng dan beberapa drama lawak, saya rasa berlakon agak susah. Maksud susah tu adalah saya jenis orang yang takut menyusahkan orang.

“Sekiranya saya tersalah di depan kamera lagi-lagi filem, mesti ramai yang terbabit sama, dan pasti akan ada pembaziran duit dan sebagainya.

“Lebih baik saya persiapkan diri dulu sebelum kembali terjun ke bidang lakonan dan ada baiknya (buat masa ini) saya beri pada mereka yang lebih mahir dalam dunia lakonan” jawab Zizi .

Sebaliknya rapper cantik ini lebih selesa untuk mengacara selepas mula menglibatkan diri dalam dunia pengacaraan pada tahun lalu dengan rancangan pertamanya adalah sebuah program realiti nyanyian di Indonesia, Golden Memories Asia terbitan stesen TV Indosiar.

Foto : Youtube Indosiar

“Pertama kali adalah tahun lepas, bila Indosiar, sebuah stesen TV dari Indonesia menawarkan saya untuk menjadi hos sebuah rancangan hiburan di sana.

Saya macam tak percaya , dan turut memberitahu mereka yang saya tidak pernah mengacara namun mereka sediamamlum dan berkata bahawa semuanya pasti akan baik-baik sahaja” – cerita Zizi dengan penuh teruja.

Selesai dengan program tersebut, Zizi kemudiannya mendapat satu lagi tawaran untuk menjadi pengacara tetapi kali ini di tanah air iaitu sebuah rancangan hiburan yang akan menyelami dunia komposer dan pemuzik ternama negara yang di beri nama Chill Zizi yang dijangka akan bersiaran pada Julai tahun ini.

“Selepas hosting di Indonesia, tiba-tiba saya mendapat satu lagi tawaran mengacara di sini (Malaysia) untuk sebuah program 13 episod yang diberi nama Chill Zizi, talkshow yang akan bercerita mengenai pemuzik dan komposer dan dijangka akan keluar tahun ini pada bulan Julai.

“Jadi bila dapat offer tu , tanpa membuang masa saya terus ambil sebab saya sudah berminat menjadi hos” ujar Zizi lagi.

Difahamkan penyanyi rap wanita ini juga akan tampil mengendalikan satu lagi program hiburan iaitu Dunia Maskulin, program temubual bersama selebriti-selebriti lelaki dari dalam negara.

Saksikan temubual penuh Zizi di Podcast Malam Jumaat di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.