fbpx
Now Reading
Hubungan Cinta Monyet Pelakon Cilik, Mitilda dan Hezriq Terputus Di Tengah Jalan

Hubungan Cinta Monyet Pelakon Cilik, Mitilda dan Hezriq Terputus Di Tengah Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7aSZVcFQ3Q/

Disekitar penghujung tahun lalu, heboh di media sosial apabila pelakon cilik Duerra Mitilda,berkongsi kepada umum mengenai hubungan cintanya bersama kekasihya yang baru berusia 13ahun (ketika itu), Hezriq Shah.

Lebih mengejutkan apabila percintaan pasangan kecil ini mendapat restu kedua keluarga malahan ayah kepada Mitilda enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya

Baca artikel berkaitan : Pelakon cilik bercinta, bapa enggan campur tangan

Bagaimanapun kisah percintaan mereka baru-baru ini dikatakan telah pun berakhir. Ia diakui sendiri oleh Mitilda menerusi perkongsian di InstaStory nya .

Menerusi perkongsian di Instastory itu lagi Mitilda turut mendedahkan, ia berpunca daripada sikap Hezriq yang begitu cemburu sehingga mereka sering bergaduh.

“Sejak kes viral Mitilda dengan Hezriq tu, Mitilda tak dibenarkan up gambar dan video kami berdua sebab taknak kena kecam lebih teruk.

“Bila shooting pula memang Mitilda rapat dengan rakan artis lelaki dan kami bergambar, buat tiktok kemudian Hezriq jadi cemburu.

“Dia kuat cemburu dan tak boleh nak faham status Mitilda sebagai seorang artis… memang Mitilda akan sentiasa rapat dan bergambar dengan mereka.

“Artis dewasa pun macam tu juga. Bila Hezriq susah nak faham, susahlah kami nak terus bertahan. Asyik bergaduh akhirnya kami putus,” tulisnya.

Pendedahan itu dilakukan selepas Mitilda diajukan soalan oleh peminat di laman Instagram miliknya.

Malah Hezriq turut memuat naik perkongsian di  Insta story nya mendedahkan bahawa bekas kekasihnya itu kini sedang berkawan rapat dengan seseorang bernama ‘Adam’ besar kemungkinannya seorang lagi pelakon cilik iaitu Nik Adam Mika.

Malah Nik Adam juga memuat naik gambar dirinya bersama Matilda menguatkan lagi spekulasi tersebut

Apa-apa pun ceritanya, semua ini tidak penting, seharusnya pelajaran yang diutamakan ye Adik adik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.