fbpx
Now Reading
Scha Alyahya Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Rahim

Scha Alyahya Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Rahim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Scha Alyahya baru-baru ini dikhabarkan telah selamat menjalani satu pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Difahamkan ini adalah pembedahan kedua Scha selepas pertama kali menjalani pembedahan yang sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.

Memetik Metro, Scha yang dihubungi meluahkan rasa lega selepas proses pembedahan itu selesai dan pelakon cantik ini berharap hasrat nya untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.

“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.

“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya kepada portal berkenaan.

Scha turut menambah, ketumbuhan itu sebelum ini menyulitkan hasratnya untuk hamil .

“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.

“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.

Peminat Scha sebelum ini dikejutkan dengan perkongsian pelakon cantik itu di Instagramnya selepas dia memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang tertulis : ” Pre Op”

Kami di Buzzkini mendoakan Scha kembali pulih seperti sediakala dan impian nya untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.