“Hati Jangan Busuk Sangat” – Intan Najuwa Tempelak Netizen Pertikai Penampilan nya Di Tanah Suci
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon Intan Najuwa difahamkan kini sedang berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, menerusi Instagramnya dilihat telah berkongsi beberapa keping foto dirinya dan keluarga disana
Berdasarkan gambar-gambar yang kongsikan kepada umum, pelakon ini dilihat mengerjakan umrah bersama keluarganya.
Perkongsian Intan ini telah menarik perhatian pengikutnya dan rata-rata mereka mendoakan agar urusannya dan keluarga dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Namun dalam banyak-banyak komen positif tersebut, masih ada segelintir netizen yang dilihat seakan tidak berpuas hati dengan penampilan aktres itu disana.
“Ada eh yang posing macam ni kat Jabal Uhud.
“Tak tahulah niat dia apa kat sana,” antara komen-komen yang ditinggalkan.
Perkara ini telah membuatkan Intan sedikit tidak berpuas hati lantas memuat naik screenshot komeb mereka berserta dengan reply dari dirinya ke InstaStoriesnya.
“Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak. I jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau.
“Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busuk sangat. Niat I, I sendiri tau. Antara I dengan Allah.
“Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang busuk tu. Terima kasih,” tulis Intan membalas komen mereka.