fbpx
Now Reading
MAPS Perak Ditutup Berkuatkuasa Hari Ini

MAPS Perak Ditutup Berkuatkuasa Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas 3 tahun beroperasi, Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang menjadi tumpuan rakyat dari serata Malaysia dan para pelancong dilaporkan telah ditutup dari hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta di Perak itu itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.

Menurut notis itu lagi, tiada tempoh ditetapkan terhadap penutupan taman tema tersebut sehingga diberitahu.

MAPS sebelum ini telah berdepan masalah tunggakan bil elektrik hampir RM4 juta hingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik.

Dipetik dari Sinar Harian, satu sesi taklimat diadakan bersama-sama kakitangan taman tema tersebut berkaitan penutupan berkenaan di sebuah hotel di sini.

Animation Theme Park (ATP) Sdn Bhd yang mengendalikan MAPS sebelum ini gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment).

Affin Investment kemudiannya pada 4 Disember lalu telah melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah ATP yang juga pengendali MAPS.

Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa taman tema tersebut akan ditutup pada tahun ini namun MB Perak,Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataannya menafikan perkara tersebut dan memaklumkan yang Perak Corporation Berhad (PCB) dan ATP yang merupakan anak syarikatnya akan berbincang dengan pihak bank berhubung perkara itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.