fbpx
Now Reading
“Buat Masa Ini Tak Payahla Melancong, Jangan Ambil Risiko” – Penyanyi Ika Mustafa Bersyukur Bebas Koronavirus

“Buat Masa Ini Tak Payahla Melancong, Jangan Ambil Risiko” – Penyanyi Ika Mustafa Bersyukur Bebas Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang penyanyi baru Ika Mustafa terpaksa ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas disyaki dijangkiti wabak koronavirus selepas pulang dari  Haikou, China atas urusan kerja

Baca artikel berkaitan : Ika Mustafa berdebar tunggu keputusan ujian Koronavirus

Terbaru penyanyi lagu Damaikanlah itu sudah boleh menarik nafas lega selepas disahkan bebas dari virus berkenaan selepas ujian darah yang dibuat mendapati dia tidak dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China itu.

Dipetik dari Awani yang memetik Gempak, Ika atau nama sebenarnya Nursyafiqah Mustafa berkata,  pengalaman dikuarantin selama tiga hari tidak akan dilupakannya.

Baca artikel berkaitan : Senarai 26 Hospital Untuk Kes Koronavirus oleh KKM

“Alhamdulillah keputusan adalah negatif. Saya bersyukur dan berasa lega sangat. Saya bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

“Tiga hari saya terkurung dengan keadaan sana dah macam dalam filem,” katanya.

Ika turut berterima kasih kepada pasukan perubatan dari hospital tersebut yang menjaganya sepanjang kuarantin.

Keadaan di HongKong di mana semua rakyatnya sudah mengenakan topeng muka. Foto : Fortune.com

“Saya perasan jururawat berbeza ditugaskan untuk memantau saya. Saya juga kagum dengan tahap keselamatan yang diambil doktor dan jururawat.

“Setiap kali berjumpa dan membuat pemeriksaan, mereka menukar persalinan baharu sebelum berjumpa pesakit lain.

“Saya nak berterima kasih kepada semua pegawai perubatan yang mengambil risiko dan bertungkus lumus menjaga saya sepanjang tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) ini,” katanya lagi.

Keadaan di Wuhan yang bagaikan bandar mati selepas ‘Lock down’ oleh kerajaan China

Dalam masa sama, penyanyi itu mengambi kesempatan dengan menasihatkan orang ramai agar tidak melancong atau membuat perjalanan ke luar negara buat sementara waktu.

“Peringatan saya buat masa ni tak payah la pergi melancong.

“Kita tidak tahu keadaan orang di sekeliling kita. Lebih baik elakkan diri daripada berkunjung ke tempat yang sesak. Jangan ambik risiko. Nanti dah kena kuarantin baru menyesal,” kata Ika lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.