fbpx
Now Reading
Coach Yin Dedah Rasa Kecewa Ditipu Selepas Sajat Tayang Kekasih Baru Di Instagram

Coach Yin Dedah Rasa Kecewa Ditipu Selepas Sajat Tayang Kekasih Baru Di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B73IgqwhK-7/

Coach Yin, semalam menerusi Instagram meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana merasakan dirinya telah ditipu oleh usahawan kosmetik Nur Sajat.


“Tuhan nak tunjuk sekejap je. Patut lah kat Paris 6 hari 6 malam dia diam, bila hantar whatsApp (status) hanya baca. Rupa-rupanya permainan dia. Selama ini hidupku ditipu takpelah. Bila ditanya katanya tak kenal siapa. Biar dia gembira dengan kehidupan dia, doakan yang baik-baik saja.

“Biasalah mula-mula bercinta, bau kentut pun kata bau macam perfume Chanel. What you give you get back. Sekarang saya pun dah ada kehidupan saya. Walaupun solo saya bahagia,” tulisnya sebagai kapsyen di IG.

Dalam pada itu Sajat seperti mengesahkan pekara berkenaan dengan memuat naik gambar dirinya yang dilihat berpeluk mesra dengan seorang lelaki di Instagram

Lelaki yang berasal dari Lubnan itu merupakan seorang model dikenali sebagai Jad Issa.

“Terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum @jadooss,” tulis Sajat . Malah dilihat menerusi akaun lelaki berkenaan dia turut membuat perkara yang sama dengan memuat naik gambar mereka berdua.

Perkongsian Sajat itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah hampir 2000 komen dan respons telah ditinggalkan oleh mereka .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.