fbpx
Now Reading
PU Amin Kecewa Caprice Jadikan Isu PU Abu Bahan Lawak

PU Amin Kecewa Caprice Jadikan Isu PU Abu Bahan Lawak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7xdAjWhb7h/

Nampaknya nama PU Abu kembali menjadi topik hangat di Malaysia selepas isterinya Hana Azraa yang sedang sarat hamil mendakwa penceramah bebas itu mempunyai skandal baru.

Baca artikel berkaitan : Hana Azraa Upload Gambar Wanita di IG, PU Abu Curang?

Berita ini turut mendapat perhatian, rapper dan usahawan Caprice yang memang dikenali sebagai seorang yang rajin memberikan ulasan mengenai isu-isu semasa dalam negara.

Rapper itu bagaimapun kali bertindak lain dari biasa apabila dia dilihat tidak memberikan sebarang ulasan sebaliknya hanya menggelengkan kepala dan keluar dari biliknya sebelum muncul kembali dengan baju yang sudah bertukar iaitu mengenakan jubah dan serban di kepala.

Malah menerusi kapsyen nya Caprice hanya menulis : “Kita kena banyak zikir”

Namun tindakan Caprice ini menimbulkan rasa kurang senang buat satu lagi penceramah bebas terkenal iaitu PU Amin yang berpendapat ianya boleh dianggap sebagai buli dan menjatuhkan maruah golongan itu.

“Laju awak buat kerja, kerja awak tak habis nak membahan para ustaz. Cukup-cukup la bro. Semua benda awak nak ulas. Bila orang lain ulas macam awak buat awak complain, awak kata useless, awak kata bodoh.

“Awak fikir kami PU, Imam Muda, ustaz ni budak-budak yang boleh dibuli ke bro?

Foto Via mStar

“Awak fikir awak seorang sahaja betul bro. Teruskan dengan cara awak,” ujarny

Namun masih ramai netizen yang merazakan video sebenarnnya lebih kepada Caprice dilihat cuba bersabar dan mengawal kemarahannya dengan berdiam dan memilih untuk banyak berzikir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.