fbpx
Now Reading
“Saya Rasa Patut Berhenti Berlakon” – Mia Sara Kongsi Hasrat Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan

“Saya Rasa Patut Berhenti Berlakon” – Mia Sara Kongsi Hasrat Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B74asQjpmCl/

Pelakon Mia Sara Nasuha, 14, menerusi Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi hasratnya untuk meninggalkan dunia lakonan.

Mia Sara, yang mula menceburi bidang lakonan seawal usia 3 tahun mengakui sudah tidak tahan untuk berdepan dengan banyak perkara yang menjengkelkan di hadapannnya ketika ini

“Kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke?

“Saya penat dengan perkara-perkara menjengkelkan yang berlaku di dalam bidang lakonan ini dan saya rasa saya patut berhenti berlakon,” tulisnya sebagai kapsyen

Dia bagaimanapun berkata mungkin akan kekal membuat video namun hanya di Youtube sahaja

“Mungkin buat YouTube video sahaja selepas ini. Korang tolonglah beritahu apa yang korang rasa tentang keputusan saya hendak berhenti berlakon. Mia nak tahu pendapat korang,” katanya lagi.

Perkongsian Mia itu mendapat pelbagai respons yang berbeza dari pengikutnya namun rata-rata mereka dilihat menyokong apa sahaja keputusan yang ingin dilakukan oleh aktres yang sedang meningkat remaja itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.