Che Ta Mengamuk Kontraktor Lari, Rumah Tak Siap Hingga Rugi Berjuta

Setelah sekian berdiam dan menahan sabar, pelakon Rozita Che Wan akhirnya melepaskan ‘geramnya’ pada kontraktor yang didakwa gagal menyiapkan projek pengubahsuaian rumah banglon ya sejak dua tahun lalu.

Dipetik dari BH Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta berkata, selepas hampir dua tahun menanti malah banyak wang yang telah dibelanjakan demi menyiapkan kediaman jenis banglo miliknya itu, kontraktor yang dilantiknya akhirnya telah melarikan diri.

“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.

“Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,”

Sebelum itu Che Ta menarik perhatian ramai apabila memuat naik video melalui Instagram (IG) Story yang menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara yang terbengkalai gara-gara sikap kontraktor nya yang tidak professional.

Yang lebih menghampakan, dia memilih kontraktor terbabit atas saranan temannya , namun cara pengurusan dan sikap kontraktor terbabit begitu mengecawakan.

“Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai,” katanya.

“Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi.

“Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan,” katanya.

“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,” katanya.

Menurut Che Ta lagi, dia sudah cuba menghubungi nombor telefon dan menghantar mesej kepada kontraktor terbabit, namun, tidak mendapat balasan.

“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.

“Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya.

Nampaknya niat baik Che Ta untuk membantu bangsa sendiri, tidak dihargai oleh mereka yang jenis mengambil kesempatan. Diharap Che Ta bersabar dam lebih berhati hati selepas ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago