fbpx
Now Reading
Anugerah Influencer Meletop AME: Netizen Tidak Setuju Amalina dan Sheikh Muszaphar Tercalon

Anugerah Influencer Meletop AME: Netizen Tidak Setuju Amalina dan Sheikh Muszaphar Tercalon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja senarai pencalonan bagi semua katogeri diumumkan dua hari lalu, Anugerah Meletop Era (AME) sudah menjadi topik hangat di media sosial.

Semuanya gara-gara pemilihan dua figura umum iaitu Dr Amalina dan Dr Sheikh Mudzaffar yang tercalon bagi anugerah Influencer Meletop yang bagaimanapun tidak dipersetujui ramai

Malahan topik ini begitu hangat diperkatakan sehingga menjadi berita trending laman sosial Twitter semalam

Menarik bukan? Tapi kenapa?

Ini kerana kebanyakan netizen merasakan , taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara adalah dalam kelas yang berbeza dari calon-calon yang lain.

“Sepatutnya Dr Amalina dan Sheikh Mudzaffar diberi penghargaan bukan dipertandingkan” itu pendapat yang diutarakan seorang netizen . Malah ramai yang bersetuju dan turut berpendapat sama.

Tidak kurang juga yang berpendapat mereka berdua tidak seharusnya berada di dalam senarai pencalonan tersebut memandangkan mereka berdua hanya menggunakan sosial media untuk berkongsi ilmu dan tips bidang masing-masing tanpa mendapat apa-apa pulangan.

Dalam masa sama terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati2 dengan pencalonan beberapa nama yang pada mereka sebenarnya tidak layak untuk dicalonkan

Sebagai rekod, Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara dan seorang figura yang rajin berkongsi tips kesihatan,dan parenting di akaun media sosialnya.

Manakala Dr Nur Amalina Che Bakri merupakan seorang doktor perubatan yang kini bertugas di United Kingdom namun rajin berkongsi nasihat perubatan di media sosial. Dia yang merupakan pelajar pintar yang meraih keputusan 17A1 semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 juga adalah orang yang bertanggung jawab membawa dan membantu adik Ainul Mardhiah dalam membuang ketumbuhan germ cell tumour di United Kingdom baru-baru ini.

Kedua mereka bagaimanapun dilihat belum meberikan sebarang respons mengenai pencalonan ini.

Apa-apa pun penganjur pasti mempunyai sebab untuk memilih kedua mereka bukan? Malah maksud influencer turut membawa maksud yang begitu besar bukan sekadar untuk dunia hiburan sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.