fbpx
Now Reading
Mahu Terjun Balkoni, Netizen Anggap Safiey Ilias Depresi

Mahu Terjun Balkoni, Netizen Anggap Safiey Ilias Depresi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agak lama nama Safiey Ilias kurang didengari dan tidak menjadi topik para netizen , kali terakhir namanya menjadi perhatian masyarakat adalah ketika usahawan kosmetik ini membuat pembedahan membuang implan di dadanya dan kembali menjadi lelaki sejati pada Ogos tahun lalu.

Baca artikel berkaitan : Safiey Ilias tunai janji pada hari raya Aidiladha

Namun selepas pembedahan tersebut, Safiey ada beberapa kali berkongsi di Instagram mengenai kepayahan hidup dan masalah yang sedang melanda dirinya diantaranya ditipu pekerja yang juga merupakan seorang rakannya.

Terbaru, Safiey mengejutkan orang ramai dan pengikutnya apabila memuat naik perkongsian di Instagram dengan nada kecewa seakan sudah putus harapan dan mahu membunuh diri dengan melompat terjun dari balkoni rumahnya.

“Selalu saya ambik sight(pemandangan) kebawah macam ini. Tahu tak sebab apa? Alangkah seronoknya pejamkan mata dan lompat” tulisnya sebagai kapsyen

Dijengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut Safiey yang bimbang mengambil kesempatan dengan menasihatkan usahawan kosmetik itu agar tidak membuat perkara yang pelik dan sentiasa ingat pada Allah.

Ramai juga yang berpendapat perbuatan Safiey itu adalah satu cubaan membunuh diri disebabkan depression .

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang berpendapat itu hanyalah strategi marketing atau gimik murahan dalam meraih perhatian masyarakat untuk kepentingan perniagaannya.

Apa-apa pun depression atau tekanan perasaan bukan lah sesuata perkara yang boleh di bawa main. Sekiranya Safiey benar-benar mengalami masalah emosi atau tekanan perasan disarakan agar segeralah untuk mendapatkan bantuan pakar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.