fbpx
Now Reading
“Saya Kena Tegas Dengan Anak Saya” Johan Kongsi Zizan Pernah Mohon Maaf Pada Anaknya Gara-gara Terguna Bahasa Kasar

“Saya Kena Tegas Dengan Anak Saya” Johan Kongsi Zizan Pernah Mohon Maaf Pada Anaknya Gara-gara Terguna Bahasa Kasar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn Wati telah dijemput untuk menyertai rancangan temubual santai ‘Podcast Malam Jumaat’ terbitan Onzz yang dihoskan oleh Fify Azmi dan juga Hydar Hasanudin

Temubual yang berlangsung hampir satu jam setengah itu bukan sahaja dipenuhi dengan gelak ketawa malah turut diselitkan dengan beberapa tips parenting dan tips rumah tangga berguna yang turut diamalkan oleh pasangan ini dalam kehidupan harian mereka.

Yang menariknya sewaktu pasangan ini berkongsikan tips dan nasihat berkaitan mengawal penggunaan bahasa kasar di hadapan anak-anak, Johan mendedahkan yang dia pernah meminta Zizan Razak, sahabat baiknya yang juga partnernya di dalam kumpulan Jozan untuk memohon maaf pada anaknya gara-gara tersebut bahasa kasar di hadapan mereka.

“Zizan ( Razak) pernah kena, depan anak-anak saya. Dia minta maaf depan anak-anak saya”

“Sebab saya kene tegas dengan anak saya” kata Johan lagi.

Zizan memang diketahui umum mesra dan rapat dengan anak-anak pasangan Johan dan Ozlynn

Ozlynn dalam masa sama turut menambah yang rakan baik suaminya itu kemudian menjelaskan kepada anak mereka, ayat yang terpacul dari mulutnya itu adalah ayat yang tidak baik.

“Uncle Zizan tak sengaja, jangan cakap macamtu tau. Benda tu tak baik dan berdosa” ujar Ozlynn cuba mengulangi ayat yang digunakan Zizan sewaktu itu.

Sebagai rekod, Zizan memang diketahui umum mesra dan rapat dengan anak-anak pasangan ini malah beberapa kali pernah dilihat menghabiskan masa lapang bersama mereka

Ikuti perkongsian video di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.