Amar, Amyra Timang Anak Kedua
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahniah buat pasangan selebriti Amar Bahrin dan Amyra Rosli selepas mendapat perkhabaran yang Amyra telah selamat melahirkan anak keduanya pagi semalam.
Menerusi Instagram, Amar mengumumkan berita gembira berserta sekeping foto yang memperlihatkan dirinya sedang memegang jari anak ke duanya itu.
Bismillahi Allahuakhbar. Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik ” tulisnya sebagai kapsyen.
Menurusi ruangan komen dilihat rakan selebriti serta peminat teruja dan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan atas kelahiran bayi kedua mereka itu.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos tahun lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengesahkan hamil anak kedua dan berharap dapat bersalin pada 2 Februari atau 02022020.
Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan.