fbpx
Now Reading
” Jika Ia Benar Bertaubatlah Wahai Insan” – PU Abu Titip Nasihat Buat Sajat

” Jika Ia Benar Bertaubatlah Wahai Insan” – PU Abu Titip Nasihat Buat Sajat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8F8wj7ptCe/

Nampaknya nama usahawan kosmetik, Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia harini. Malah berita mengenainya turut mendapat liputan meluas media selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Beberapa pendakwah terkenal seperti PU Amin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Muhajid Yusof turut memberikan pendapat dan kelihatan tidak senang dengan tindakan yang dilakukan Sajat tersebut.

Terbaru seorang lagi mutawif yang juga pendakwah bebas, PU Abu turut tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini.

“Perkongsian buat semua.Sekiranya ia benar bertaubatlah wahai insan.Tanah haram adalah tempat yang mulia,Allah pasti lindungi dari benda yang haram.

“Moga kita semua di berikan hidayah oleh Allah untuk mengambil pengajaran dari apa yang berlaku” tulisnya sebagai kapsyen

PU Abu turut berkongsi foto berkongsi dalil tentang amaran dan ancaman melakukan kezaliman atau maksiat di Madinah yang dipercayai berkait rapat dengan usahawan kosmetik itu.

Didalam entri yang samapendakwah berkenaan turut memuat naik paparan skrin yang dipercayai di ambil dari media lain yang menulis usahawan kosmetik itu kini dalam buruan pihak berkuasa di Makkah selain satu lagi kemas kini terbaharu yang mengatakan Sajat telah pun ditahan di bandar Jeddah.

Bagaimanapun tiada maklum lanjut mengenai perkara terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.