fbpx
Now Reading
Video Anak Angkat Kembar Zizie Ezette Yang Terpaksa Berpisah Undang Sebak Netizen

Video Anak Angkat Kembar Zizie Ezette Yang Terpaksa Berpisah Undang Sebak Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8DLpfAlDwB/

Baru-baru ini pelakon Zizie Ezette ada memuat naik foto dan video mengenai anak angkat kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna di Instagram (IG).

Perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen malah mengundang sebak mereka sehingga ramai yang menitis kan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik tersebut, dapat dilihat yang kedua kembar itu bagaikan tidak mahu berpisah apabila kedua mereka dilihat menangis dan berpelukan.

Difahamkan video tersebut dirakam dilapangan terbang sewaktu seorang dari anak angkatnya Naila Marjenna akan terbang pulang ke Sabah.

Naila Marjenna yang dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah baru-baru ini turun ke Kuala Lumpur bagi menghabiskan masa bersama kembarnya, Nayla Nurjenna yang tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur.

Malah Zizie yang merakam video berkenaan juga kedengaran sebak dan cuba mengawal emosinya sewatu sedang memujuk kedua-dua anak kembar itu

“Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang sedih.

“Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza.

“Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,” katanya sebak.

Dilihat ke ruangan, rata-rata pengikut turut meluahkan rasa sedih apabila melihat reaksi kedua beradik berkenaan yang dilihat bagai tidak mahu dipisahkan malah ramai yang turut mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga je syurga walaupun berjauhan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.