fbpx
Now Reading
Ikrar Kilafairy Untuk 2020, Tiada Lagi Istilah Seksi

Ikrar Kilafairy Untuk 2020, Tiada Lagi Istilah Seksi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Kilafairy pasti ramai yang terbayangkan imej pelakon ini yang terkenal seksi sehingga ramai yang menggangap anak kepada pelakon Rohana Jalil ini sinonim dengan gaya sedemikian.

Namun semua itu tidak lagi, Kilafairy kebelakangan ini sudah kerap dilihat tampil dengan imej yang lebih sopan dan masih kekal menarik . Malah dia sendiri memilih untuk tidak mempamerkan tubuh badannya yang seksi.

Perubahan imej ini sebenarnya seiring dengan kemunculan tahun 2020, malah Kilfairy atau nama penuhnya, Syakila Nisa Jahangir Khan ingin memulakan sesuatu yang baharu.

Foto : IG Kilafairy

“Step by step, Insya-Allah, berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih” katanya.

Kila yang kini banyak menumpukan perniagaan produk kecantikan KILAFIT turut menyatakan bahawa dia kini bertekad untuk berubah menjadi insan yang lebih baik malah difahamkan sudah hampir tujuh bulan dia cuba menjaga penampilannya.

“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan produk saya,” katanya lagi.

Foto : IG Kilafairy

Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan oleh perniagaannya, lebih-lebih lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.