fbpx
Now Reading
Tolong Hentikan Isu Ini – Awal Ashaari Minta Isu Sajat Diselesaikan Segera?

Tolong Hentikan Isu Ini – Awal Ashaari Minta Isu Sajat Diselesaikan Segera?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama usahawan kosmetik, Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia dari Ahad lepas. Malah kisah mengenainya turut mendapat liputan meluas media selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Terbaru pelakon dan pengacara, Awal Ashaari meminta pihak berkuasa supaya bertindak pantas dan terus menamatkan isu kontroversi berkaitan kecelaruan jantina yang kini sudah menjadi isu negara.

Artikel berkaitan : Mujahid mahu akaun media sosial Sajat di sekat

Awa bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama atau mana-mana pihak, namun menegur secara umum mengenai isu itu yang diutarakan di IG Storynya Namun ramai yang berpendapat ianya berkait rapat dengan usahawan kosmetik tersebut.

Mujahid minta akaun media sosial Sajat disekat

“Isu jantina pun sudah menjadi isu negara. Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.

“Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif. Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga.

“Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya. Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya.

Awal bagaimanapun dilihat tidak berat sebelah, sebaliknya turut melihat dari sudut pandang individu yang dikaitkan dengan isu ini.

“Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.

“Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci Makkah,” katanya.

Sumber Foto : Berita Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.