Now Reading
BTS Kalahkan Justin Bieber, Pegang Rekod No 1 Billboard Social 50 Untuk 164 Minggu

BTS Kalahkan Justin Bieber, Pegang Rekod No 1 Billboard Social 50 Untuk 164 Minggu

BTS, Kumpulan K-Pop paling terkenal , BTS kini telah mencatat rekod artis yang bertahan paling lama dalam memegang kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Social 50.

Memetik laporan Gempak yang memetik Billboard, BTS berjaya mengekalkan kedudukan berada di tangga pertama selama 164 minggu sekaligus mengalahkan rekod terdahulu yang dipegang Justin Bieber iaitu 163 minggu.

mengalahkan rekod 163 minggu yang dipegang oleh Justin Bieber sebelum ini, Justin Bieber kerap berada di kedudukan pertama sepanjang kerjayanya, namun itu sebelum kehadiran BTS,” kata sumber.

Foto : Forbes

Pintasan dari BTS ini mengubah kedudukan masing-masing dengan BTS di tangga pertama, diikuti Justin Bieber di tangga kedua. Manakala kedudukan ketiga hingga kelima mengikut turutan adalah Taylor Swift (28 minggu), Miley(21) dan Rihanna(21) .

Cara pengumpulan data Social 50 diambil menerusi analisis muzik Next Big Sound berserta informasi yang diperoleh dari Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Wikipedia.

BTS mula memasuki carta tersebut pada Oktober 2016 dan menduduki tangga pertama pada 29 Julai 2017.

Kedudukan itu bertahan setiap minggu hingga proses pengumpulan data berakhir pada 30 Januari tahun ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.