fbpx
Now Reading
Bakal Bergelar Pensyarah, Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Juga Kini Hos Hlive!

Bakal Bergelar Pensyarah, Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Juga Kini Hos Hlive!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya rezeki model komersial, Shaza Bae semakin mencurah-curah selepas dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019. Selain dari tawaran yang tidak putus-putus dalam bidang seni, Shaza difahamkan bakal menceburkan dalam dunia akademik dengan bergelar seorang pensyarah.

“Alhamdulillah, selepas habis sahaja Dewi Remaja baru-baru ini, saya membuat banyak penampilan dari sekecil-kecil event sehinggalah ke stesen televisyen Astro Awani dan Bernama. Kemunculan tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan saya juga dipanggil oleh Ahli Parlimen Belia Selangor untuk membincangkan topik Women Empowerment bersama personaliti Dira Abu Zahar,” jelasnya.

Namun yang lebih menjadi perhatian adalah Shaza telah pun menjadi hos baru bagi program hiburan Hlive! yang sudah mula bersiaran pada malam Selasa lalu, 4 Februari.

“Saya memang suka kepada bidang pengacaraan dan dua, tiga tahun lepas saya pernah mengimpikan untuk menjadi hos Hlive!

Foto : Remaja

“Ketika task hosting dalam program Dewi Remaja dulu sebenarnya saya sedih kerana tidak terpilih untuk melakukan tugasan di Hlive! tetapi ternyata aturan Allah itu sebaik-baiknya.

“Akhirnya kini impian untuk menjadi hos rancangan tersebut sudah saya kecapi,”

Memetik majalah Remaja, pengalaman pertamanya selaku hos Hlive! pasti akan membuatkan dirinya sedikit gementar.

“Sudah tentu untuk beraksi buat pertama kalinya membuatkan saya rasa nervous. Tapi dalam masa yang sama, saya tetap rasa excited.

“Saya juga dah menghadiri tiga kali sesi latihan mock run bersama pihak Astro, harapnya semua berjalan lancar malam ini” katanya kepada portal berkenaan.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa gembiranya apabila ditawarkan posisi pensyarah di sebuah universiti di Shah Alam memandangkan gadis ini mengimpikan kehidupan yang seimbang di antara dunia seni dan juga akademik.

“Saya sebenarnya sangat gembira bila menerima tawaran menjadi lecturer di kampus Puncak Perdana. Adalah menjadi impian saya untuk menyeimbangkan antara bidang seni dan akademik, jadi ini sememangnya peluang yang saya tunggu-tunggu,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.