“Jadi Perempuan Balik Dah?” Safiey Ilias Kembali Jadi Kecaman Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya nama Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia dari hujung minggu lalu. Malah kontroversi yang melanda usahawan kosmetik mendapat kecaman hebat dari banyak pihak selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah .
Terbaru seorang lagi usahawan kosmetik, Safiey Ilias turut dikritik oleh netizen gara-gara tindakannya memuat naik klip video yang menimbulkan kontroversi di Instagramnya.
Dia yang baru sahaja meraih perhatian netizen pada minggu lalu gara-gara memuat naik gambar seolah oleh memberi gambaran ingin membunuh diri berkongsi video yang memperlihatan dirinya sedang menjalan pembedahan kecil semata-mata untuk membuat lesung pipit tiruan di Instagram
Baca artikel berkaitan : Safiey Illias mahu terjun balkoni, Netizen anggap Depresi
Menerusi video itu, Safiey dilihat sedang terbaring dengan keadaan mulut yang terbuka sambil membuka mulutnya untuk dimasukkan benang.
Dilihat ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mempertikaikan tindakan usahawan berkenaan yang sebelum ini sudah berikrar untuk kembali ke pangkal jalan malah ada yang turut menyoalkan kesanggupan Safiey menanggung kesakitan semata-mata untuk berubah menjadi perempuan kembali.
Baca artikel berkaitan : Saya Hijrah bukan untuk jadi Ustaz – Safiey Ilias
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Safiey dalam video berkenaan kerana menyangkakan dia benar-benar sudah berhijrah tempoh hari.