fbpx
Now Reading
“Kita Tak Boleh Paksa MK Buka Rantai, Itu Soal Hidayah” Caprice Nafi Pertahan MK

“Kita Tak Boleh Paksa MK Buka Rantai, Itu Soal Hidayah” Caprice Nafi Pertahan MK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7quAAohzTB/?utm_source=ig_embed

Caprice tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang merasakan dia mempertahankan rakannya MK dari Kumpulan K-Clique berhubung isu pemakaian barang kemas yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

Memetik Gempak, usahawan dan rapper itu berkara, walaupun dia sudah menganggap MK seperti adik sendiri, dia tetap akan menegur MK sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh penyanyi muda itu.

Malah dia ada menghubungi MK memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu terbabit tempoh hari.

“Saya tidak mempertahankan perbuatan MK, malah saya sudah menghubunginya untuk memohon maaf secara terbuka tentang penggunaan perkataan ‘langgar’ hukum agama, ramai sudah tonton video dia memohon maaf itu.

“Mungkin ada yang silap faham sahaja, memang saya anggap dia seperti adik, tetapi jika saya memihak kepadanya, sudah tentu saya tidak akan berbuat demikian,” jelas Caprice.

Dalam masa sama Caprice turut mengingatkan orang ramai untuk tidak memaksa MK membuka rantai kerana itu merupakan soal hidayah meskipun dia sudah membuat permohonan maaf tentang kenyataanya.

Caprice turut dilihat berkongsi perkara berkenaan di instagram miliknya

“Dia sudah maaf untuk kenyataannya, namun untuk dia membuka rantai, itu terpulang kepada dia sendiri apabila mendapat hidayah.

“Kita tidak boleh paksa MK buka rantai, hidayah itu milik Allah dan kita tidak boleh mempertikaikannya,” tambah Caprice.

Terdahulu MK dikecam hebat selepas mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dia terpaksa ‘langgar’ hukum kerana minatnya pada barang kemas.

Dia kemudiaan membuat permohonan maaf selepas menyedari kata-katanya itu menimbulkan kemarahan ramai orang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.