fbpx
Now Reading
Setelah 12 Tahun Beroperasi, GSC Pavilion Ditutup Bermula 17 Februari

Setelah 12 Tahun Beroperasi, GSC Pavilion Ditutup Bermula 17 Februari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat wayang yang kerap menggunjungi pawagam GSC di Pavilion nampaknya anda sudah boleh mencari alternatif lain kerana pawagam berkenaan akan ditutup buat selama-lamanya bermula 17 Februari ini.

Ini bermakna buat mereka yang masih ingin berkunjung ke sana, anda ada lebih kurang 10 hari untuk menonton mungkin buat kali yang terakhir memandangkan hari terakhir mereka beroperasi adalah pada anda 16 Februari ini.

Notis penutupan itu difahamkan diketahui semalam menerusi satu makluman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam berkenaan sebelum mereka mengumumkan perkara berkenaan di media sosial Facebook dan Twitter mereka.

Foto : Lowyat

Dalam notis berbahasa Inggeris itu, pihak GSC turut memaklumkan orang ramai yang ingin menonton filem pilihan mereka boleh berkunjung ke GSC berhampiran seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall.

“Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu)

“Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu,” jelas makluman berkenaan.

Pihak GSC Pavilion Kuala Lumpur bagaimanapun tidak menyatakan sebab utama ianya ditutup.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.