fbpx
Now Reading
Sajat Buat Permohonan Maaf [Video]

Sajat Buat Permohonan Maaf [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia dari hujung minggu lalu. Malah kontroversi yang melanda usahawan kosmetik mendapat kecaman hebat dari banyak pihak selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah .

Terbaru selepas lebih seminggu bertindak mendiamkan diri ekoran kontroversi yang melanda dirinya itu, Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook rakannya, usahawan kosmetik Alif Syukri , Sajat yang tampil dengan tudung hitam telah mengemukakan permohonan maaf sambil menangis.

..Dalam setuwasi ini siapa yg betul atau yg salah.. ttpi ingin jernihkan semua pihak supaya cari jalan yg terbaik.. semoga kita smua menjadi hamba allah yg baik.. Untuk makluman anda video di youtube itu adalah part 1.. vedio terlalu panjang..

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Saturday, February 8, 2020

Dia dalam masa turut membuat permohonan maaf bagi pihak kedua ibu-bapanya yang turut terpalit dalam kontroversi itu.

“Saya minta maaf. Bagi pihak mak ayah saya, bagi pihak anak saya. Bagi pihak rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat.

“Apapun saya minta maaf kepada semua jabatan agama, mufti, ustaz, PU, alim ulama, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak ada tujuan apa-apa,” kata Sajat sambil menjamah hidangan ditemani Aliff Syukri.

Dia bagaimapun turut mempertahankan dirinya dengan berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat lain selain daripada mahu mendekatkan diri dengan Allah ketika berada di Mekah dan Madinah.

Tambah usahawan kosmetik yang penuh kontroversi itu lagi, kesempatan sewaktu berada di Mekah dan Madinah juga diambilnya untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadah yang dianjurkan Islam.

“(Semasa di sana) saya cukup sembahyang daripada tak tau solat jenazah, sejak Subuh saya buat amal ibadah saja.

“Saya orang yang tak lepas daripada dosa, tak lepas daripada salah… di sana ada keinsafan,” luah Sajat lagi.

“Bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan… saya memang nak belajar. Saya nak dekatkan diri dengan Islam.

“Saya bukan nak cari harta duniawi, nak akhirat. Kalau saya dekatkan diri dengan Allah, kadang-kala saya fikir diri saya begini, apa yang mereka nak menghukum saya sampai macam ni?

“Kalau dulu saya jauhkan diri dengan agama.  Adakah mereka nak saya buang balik agama? Sedih saya. Kenapa orang macam saya tak layak ke rumah Allah?”

“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh kata apa lagi. Lagi saya cakap, nanti saya disalahkan juga. Saya tak nak cakap apa-apa saya minta maaf sangat-sangat,” ujar Sajat lagi.

Terdahulu isu Sajat turut mendapat perhatian dari beberapa orang pendakwah, selebriti, para Mufti malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid yang dilihat tidak senang dengan tindakannya mengenakan pakaian wanita di Tanah Suci.

Artikel berkaitan: Mujahid mahu kerajaan sekat sosial media Sajat

Artikel berkaitan: Jangan benarkan Sajat memakai pakaian wanita- PU Rahmat

Artikel berkaitan : Mufti WP sahkan Sajat adalah lelaki


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.