fbpx

Sumpah, Naim Daniel Juara AJL 34

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) menyaksikan lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K diangkat sebagai Lagu Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000

Aman Ra pula mengejutkan ramai pihak apabila lagu Bangun ciptaannya dan Navigator menjadi Naib juara AJL34 dengan hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik lagu Anta Permana ciptaan Hael Huaini dan Ezra Kong nyanyian Bob Yusof bersama penampilan mengejutkan dari penyanyi asal Dato Seri Siti Nurhaliza.

Naim sewaktu melakukan persembahan lagu Sumpah di AJL 34

Anugerah Juara Lagu 34 berlangsung meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur turut menyaksikan Lagu Hafiz Suip, Kisah Cinta Kita menggondol dua anugerah iaitu Vokal Terbaik serta Persembahan dengan hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi bagi setiap kemenangan.

Manakala bagi anugerah khas : Anugerah Pilihan Peminat Setel dimenangi oleh Haqiem Rusli dengan lagu Lembah Kesepian

AJL 34 dengan ‘Tema Warna Warna Suara’ ini dihos secara bersama oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni.

Persembahan pembuka tirai AJL34 membariskan pemenang vokal terbaik AJL terdahulu iaitu Misha Omar,Adibah Noor, Liza Hanim, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Terdahulu bekas pengacara MeleTOP, Neelofa yang sudah tiga tahun memberi ramalan tepat mengenai pemenang AJL sebelumnya sekali lagi menjadi topik netizen dan peminat dunia hiburan apabila meramalkan AJL34 bakal dimenangi oleh Naim Daniel.

Malah yang menariknya sewaktu persembahan AJL sedang berlangsung Neelofa yang sebelumnya meramal Ernie Zakri sebagai pemenang vokal terbaik bertindak menukar pendapatnya dan memilih Hafiz Suip sebagai pemenang.

Tahniah Naim Daniel dan semua pemenang yang lainnya dari kami!

P/S : Nampak gayanya dah 4 tahun telahan Neelofa tepat. = D

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.