fbpx
Now Reading
AJL34: Selepas Dikecam Hebat , Drama Band Buat Permohonan Maaf

AJL34: Selepas Dikecam Hebat , Drama Band Buat Permohonan Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anugerah Juara Lagu ke 34 sudahpun melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dengan kemenangan mutlak milik lagu Sumpah, nyanyian dan ciptaan Naim Daniel bersama Omar K.

Namun nampaknya kontroversi yang melanda malam berprestij itu masih hangat diperkatakan iaitu konsep persembahan dua finalis iatu Aina Abdul dan kumpulan Drama Band sehingga memaksa pihak TV3 menghenti siar kedua-dua persembahan tersebut di saluran Youtube mereka.

Terbaru, selepas diasak bertubi-tubi oleh ramai netizen, kumpun Drama Band melalui vokalis utama mereka,Aepul Roza memohon maaf atas keterlanjuran mereka.

Memetik dari BH!, dia bagaimanapun masih mempertahankan persembahan mereka dengan mengatakan yang persembahan itu adalah kritikan sosial yang disampaikan dalam bentuk satira dan langsung tidak berniat mengecam atau menjadikan mana-mana individu sebagai sindiran

Foto : Syazwan Kamal / MalaysiaKini

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang.

“Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,” katanya kepada portal berkenaan

Sewaktu persembahan di pentas final AJL itu Drama Band yang diiringi sekumpulan penari , menonjolkan beberapa karakter yang dilihat seakan-akan menyindir selebriti, pendakwah bebas, ahli politik dan pemimpin.

Ini menimbulan ketidakpuas hati netizen yang mengganggap mereka sekadar mahukan publisiti murahan .

Saat ditanya adakah produksi AJL34 tahu perancangan mereka dalam persembahan malam tadi, vokalis Drama Band itu berkata, mereka hanya memaklumkan sebahagian daripada plot yang mahu dipaparkan.

“Kami tidak beritahu watak yang ditampilkan secara terperinci. Tetapi kami beritahu ada elemen kejutan dalam persembahan itu.

“Insya-Allah, selepas ini, kami belajar daripada kesilapan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.