fbpx
Now Reading
“Terputus Sudah Diantara Kita, Berbeza Sudah Dua Dunia” – Lirik Lagu Abam, Sikasih Buat Ramai Tersentuh

“Terputus Sudah Diantara Kita, Berbeza Sudah Dua Dunia” – Lirik Lagu Abam, Sikasih Buat Ramai Tersentuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey pagi Isnin, 10 Februari 2020 menggemparkan industri tanah air. Ramai pihak yang turut merasai kehilangannya bukan sahaja ahli keluarga, rakan selebriti, sahabat rapat malahan peminat.

Bukan sahaja, media sosial dibanjiri ribuan ucapan takziah termasuk yang berkongsi tentang peribadi mulia dan kebaikan Allahyarham malahan ribuan tetamu hadir sewaktu solat jenazah di masjid juga sewaktu upacara pengebumiannya.

Ibu Abam turut menyifatkan anaknya seorang yang baik, begitu mementingkan kebajikan keluarga serta seorang yang hormat orang tua.

Yang terbaru, lagu Abam berjudul Sikasih yang telah dimuat naik pada 22 Februari 2019 telah meraih 1 juta tontonan di Youtube selepas pemergiannya

Malah lirik Sikasih turut menyebabkan sesetengah pendengarnya menitiskian airmata terutama di bahagian korus : “Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia…” . Sehingga pendengar merasakan yang Abam sudah tahun yang dirinya akan ‘pergi’

Terdahulu Allahyarham Abam atau nama penuhnya  Syed Umar Mokhtar meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi Isnin.

Difahamkan arwah yang demam panas dari dua hari lalu tidak memberikan sebarang tindak balas sewaktu dikejutkan isterinya, Hidayah Mohd Ali untuk pergi bekerja.

Dia sebelum itu solat subuh sebelum mengadu sakit kepala dan tidur semula.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.